Monday, April 20, 2009

ULUL ALBAB ?

"Ulul albab tu apa maksudnya, ustazah?" tanya sebahagian anak murid yg telah mengikuti seminar di Putrajaya. Bagus soalan ini....

Anak-anak, mari kita rujuk ayat 190-191 surah Ali Imran yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi serta berkata, 'Wahai Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia. maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka'."

Ulul Albab ialah orang yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul.
Rangsangan dari ayat ini ialah lahirnya ramai saintis Islam yang menjadi nadi tamadun dunia, malah merekalah menjadi pemangkin kepada arus kemodenan di Eropah.

Al-Qur'an sememangnya mahu ummat Islam memiliki minda saintifik. Minda saintifik ialah minda yang kuat berfikir, kritikal, mampu menganalisis data dan fakta, serta mampu membuat andaian terhadap apa yang diperhatikan. Minda saintifik menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak disertakan bukti dan dalil.

Lahirlah saintis Islam yang dikagumi dunia. Ini diakui oleh seorang tokoh sains barat, George Sarton dalam buku beliau 'Introduction to the History of Science'. Beliau berkata:
"Di antara tokoh Islam yang tiada tandingannya di Barat ialah Jabir bin Haiyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Razi, Thabit bin Qurra, al-Battani, al-Farabi, Ibn Sina, al-Biruni, ibn Haitham dll'

Ha..anak-anak yang mengambil jurusan Sains-Agama (KAA) ni, kalian sangat bertuah. Syabas dan rebutlah segala peluang yang ada. Macamana nak miliki minda saintifik? Ha,.. kenalah banyak membaca buku ilmiah dan menghadiri majlis ilmu di samping menguasai ilmu asas yang dipelajari. Selamat meneroka ilmu Allah yang luas.....

No comments:

Post a Comment