Tuesday, May 12, 2009

Jalinan


Anak-anak 3KAA1 dan 3KAA2 tentu ingatkan lagu ni....
(sila buka video clip di tepi tu...)


JALINAN…

Indahnya suasana
Kita di hari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturrahim
Saling hormat-menghormati
Tuntutan agama yang mulia

(corus)
Ohh
Mari bersama
Kita jalinkan
Kasih sayang
Sesama insan
Di hari ini
Kita mulakan
Moga kekal
Untuk selamanya

Indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira
Di dunia ini
Lagi indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira
Di akhirat sana

Erat silaturrahim
Saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Yang tua dihormati
Yang muda disayangi
Cetuskan suasana harmoni

Ulang (corus) 2x

Kita jalinkan...
Kasih sayang...

Friday, May 8, 2009

Ya Allah hidupkanlah hatiku.....



Peringatan buat diri ini;

Yang dipertanggungjawabkan sebagai dai’e,

Agar hatimu terus segar,

Agar kata-katamu terus menyentuh,

Agar pandangan hatimu terus menusuk,

Agar perilakumu terus diteladani,

Agar sakhsiahmu terus kelihatan haibah

di hati mad’u....

......................................................................................................................

Adakah anda pernah mengalami keadaan begini? Bersolat tetapi tak terasa ketenangannya, berpuasa tetapi tak terasa keinsafannya, membaca qur’an tetapi tak terasa kehebatannya, berzikir tetapi tidak bergetar hati, bertahajjud tetapi tak mengalirkan air mata, memberi nasihat tetapi tiada siapa tersentuh?

Keadaan tidak seperti biasa. Seolah-olah ada sesuatu yang jauh di pelusuk hati yang tidak kena. Seolah-olah ada lompang kosong di celahan jiwa. Jiwa seolah-olah terasing dari diri. Ibadah yang dilakukan seolah-olah mendaki ke puncak untuk meninggikan lagi tempat jatuh, kebaikan dan nasihat yang dicurahkan kepada orang lain ibarat menuju fatamorgana dunia yang hanya memenuhi agenda harian.

Mengapa ini berlaku?

Apa yang perlu dilakukan?

Pesan Imam Ghazali: ” Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Qur’an. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati. Namun jika tidak jua ditemui hatimu, berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru...”

Bacalah al-Qur’an....

Siramilah kembali hati dengan ayat-ayat Allah. Jika kita ingin Allah ’bercakap’ dengan kita, bacalah al-Qur’an kerana ia adalah kata-kata Allah yang ditujukan kepada hambaNya. Membaca bukan setakat bertadarus dan tartil, bacalah dengan detikan pengembaraan hati dalam menghayati setiap rahsia perkataan terpilih yang terkandung di dalam ayat-ayat Allah.

"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk)." (Surah Al A’la : 14 dan 15)

Bersolatlah….

Sekiranya kita meluahkan segala yang terbuku di hati kepada orang lain, hati merasa lega. Ketika solat, kita merintih mengadu segala kesusahan kepayahan keperitan yang dideritai, merayu dengan segala nama yang dimiliki Allah mohon dibimbing dikasihi diampuni dosa, penuh tawajjuh pasrah dengan takdirNya….

Jika ingin ‘bercakap’ dengan Allah, bersolatlah, kerana solat pada hakiikatnya adalah doa, pengaduan, rintihan dan curahan rindu dari nurani hamba kepada al-Khaliq. (The first duty of love is to hear……)

Bersolatlah dengan sepenuh jiwa bukan hanya pergerakan anggota dan himpunan perkataan dan hafazan. Laksanakan dengan penuh kerendahan hati dan rindu yang membara kepada Zat yang Maha Mengasihi. Fahamilah setiap perkataan yang dilafazkan agar lebih mudah dihayati. Percayalah, semakin tunduk sujud merendah diri semakin tinggilah momentum hatimu hampir kepadaNya….

Ingatlah mati….

Mengingati mati adalah pembasuh jiwa yang resah. Masalah yang dihadapi seolah-olah hanya gerimis hujan menanti cerah. Jiwa lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan yang fana’ sebagai jambatan menuju alam baqa’.

Segala kesakitan, keresahan dan bebanan hanyalah ibarat daun-daun kering yang bersepah di jalanan, hanya perlu dikais dengan hujung tangan tanpa membuang masa yang banyak kerana perjalanan yang lebih bermakna masih panjang terbentang di hadapan.

Segala kehilangan dalam kehidupan tidak berbekas kerana hati dan jiwa bulat merindui saat bertemu kasih dengan Allah dan RasulNya.

Segala kekurangan tidak terasa kerana hati dan jiwa terpesona dengan janji Allah tentang keindahan dan keni’matan syurgaNya.

Namun, sekiranya masih tidak terasa ketenangan, getaran dan menangis, bertaubatlah dan mohonlah dikurniakan hati yang baru...............

Rasulullah SAW sering berdoa:

“Wahai Yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu.”

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi “

“Ya Tuhan kami, kami menzalimi diri kami sendiri, sekiranya engkau tidak mengampunkan kami, nescaya kami akan tergolong dalam orang-orang yang rugi…”

“Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu,

Ampunkan dosaku terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar…..”

Wahai diri yang dipertanggungjawabkan sebagai dai’e,

Awasilah hatimu,

Jangan biarkan hatimu lalai dengan senyuman dan pujian dunia,

Ingatlah, setiap kelebihan yang Allah anugerahkan kepadamu,

menuntut amanah dan tanggungjawab untuk ditunaikan.......

muallimahAnida.