Monday, April 20, 2009

Tahniah!

18 April 2009 menjadi medan pertemuan kembali anak-anak 3KAA1 2008 yang telah pergi 'merantau menimba ilmu' dgn rakan-rakan yang masih setia di SMKSI. Terubat rindu muallimah....Kehadiran mereka diiringi ibu bapa yang banyak berkorban utk kejayaan anak-anaknya. Segala usaha ternyata berhasil. 17 murid mendapat 9A, 6 orang 8A1B, 2 = 6A3B dan 1=5A4B. Tahniah juga kepada anak-anak 3KAA2 yang mendapat 8A, 7A dan 6A. Yang lain, jangan putus asa, teruskan usaha SPM 2010 kelak. Lebih manis lagi bila Bonda Pengetua mengumumkan Anugerah Kualiti BAK PMR negeri Selangor yang diraih oleh KAA SMKSI.... Juga tahniah kepada Athirah Nur (10A SPM KAA-Sains dan Jauhari 8A1 SPM KAA Akaun)Alhamdulillah..mudah-mudahan lebih cemerlang 2009 ni, amin....

Anak-anak yang dah ke KISAS, SBP, SBPI, MRSM dll, ingatlah pesan Nabi yang diriwayatkan oleh Tarmizi:
" Bertaqwalah kamu di mana saja kamu berada, iringilah setiap kejahatan (yg ditemui) dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa kejahatan itu dan berinteraksilah dengan manusia dengan akhlak terpuji."

Anak-anak yang masih setia di SMKSI;
kalian juga berpotensi, marilah kita jayakan bersama program-program (bulan bahasa, Nadwah, bengkel dan Mukhaiyam) yang kita rancang! Ulangi dan tingkatkan kejayaan kalian SPM 2010, insya Allah di samping menjadi anak-anak soleh.....aminnnn.

No comments:

Post a Comment