Saturday, March 28, 2009

Wednesday, March 25, 2009

Energi Solat



"Mintalah pertolongan dari ALLAH dengan kesabaran dan solat" (Al-Baqarah:45)
Solat bukanlah hanya sekadar kewajipan rutin, bukan sekadar pergerakan dan perkataan biasa. Ia adalah hubungan antara hamba dan Penciptanya yang akan menghasilkan 2 kesan iaitu kefahaman dan hubungan langsung dengan Khaliq yang menatijahkan nusrah (bantuan), isti'anah atau ma'unah (pertolongan).Kesan kedua ialah mencapai hakikat penyerahan dan ketaatan kepada Allah yang menjadi pencegah dari kemunkaran.

Bagaimana hendak meraih "energi" dari solat???

Syarat untuk solat yang berkualiti boleh dirangkumkan seperti berikut:

1) Kehadiran hati dalam solat

2)Mengerti dan menghayati bacaan solat

3) Membesarkan Allah dan gerun pada kehebatan Allah

4)Merasa rindu dan penuh harapan pada kasih sayang dan rahmat Allah

5) Mengadap Allah dengan penuh rasa malu kerana Allah maha Mendengar, lagi Mengetahui


Bagaimana nak menghadirkan hati semasa bersolat?

1)mengukuh niat dan azam

2)memperbaharui ingatan dan tumpuan untuk berhadapan dgn Allah

3)memutus syahwat, bukan solat untuk sebab-sebab duniawi

4)menyahut seruan muazzin

5)sempurna toharah

6)menutup aurat zahir dan batin
(merasa malu, rendah diri dan hina di atas kelemahan diri untuk berhadapan dgn Allah)
7) tawajjuh ke qiblat dan mengosongkan hati dari selainNya


Semoga kita tergolong dalam mereka yang berjaya...
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu yang khusyuk dalam solatnya, dan mereka menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia....." (Al-Mukminun : 1-3)
Amin.....

Wednesday, March 18, 2009

Maulidur Rasul





Gembiranya anak-anak 3KAA1 tu...!!!
Maklumlah, menang macam-macam pertandingan sempena Sambutan Maulidur Rasul & MTQ ; hafazan, kuiz, teka silangkata, sepanduk, selawat dll. Alf Mubarak!!
Juga "Eid Miladiki Saeid" untuk Haslina yang menyambut ulangtahun ke 51, ooppss silap tu, ke- 15!!.
Pesanan Muallimah: kenanglah kembali sirah Rasul, peribadinya, akhlaknya, apa yang dia suka, apa yang dia benci, jadikan pedoman hidup, mudah-mudahan kita diakui sebagai ummatnya, amin....

Panduan Bagi Orang Yang Diuji

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”
Riwayat Ibn Abi Dunya

Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.
ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.”
iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.

Tuesday, March 17, 2009

Islamic Hijri Calendar

TRAVELOG DAKWAH: Meniti Hari Esok

Penulis: Muhd Kamil Ibrahim, Professor Perkaunan yg kini menjadi Pengarah UiTM Johor.
Seorang yg cemerlang, siapkan PhD dlm tempoh 32 bulang shj.Dr, Professor,Dekan, menjelajah dunia, semua didlm genggaman, hanya satu, berkat doa dan
kesabaran isteri, Roza, hatinya terbuka utk mengenali huruf2 Al-Qur'an dan menjadi tetamu Allah ketika 41 thn, inilah yg menjadi 'turning point' dlm hidupnya.
Ulasan:
1) Pengalamannya sekembali dari haji, berusaha sedaya upaya dlm apa saja ruang utk mengislah diri dan organisasinya. Menyelitkan peristiwa2 bagaimana dia 'ditarbiyah' Allah secara praktikal, walau sekecil insiden tetapi terpahat kesan mendalam hatinya. Pengajaran: Berdoalah semoga Allah melembutkan hati kita utk muhasabah dari peristiwa yg kita alami, bukan biarkan hari-hari berlalu tanpa sebarang iktibar.
2) Kesedaran dan pengalaman menyaksikan kematian: turning point selepas haji. Pengajaran: Proaktif dan tidak menangguhkan masa utk membuat kebaikan. Keluar dari 'zon selesa' dan rasa 'dah cukuplah...'
3)Penghayatan Islam secara praktikal, kritis dan penuh komitmen. Kisah solat berjemaah, solat dhuha, iktikaf, memakmorkan Ramadan (kisah Imam Terawih).
Pengajaran: Satu cabaran utk golongan Ustaz yg kebanyakkannya kaya ilmu dan ikhlas, tetapi kurang "skill" dalam mencuit hati golongan sekular dan elit,
mereka asalnya jahil, tetapi jika telah mendapat nur hidayah, masyaAllah, iltizam dan istiqomahnya.....

Faedah Kuasa Minda

Merapatkan diri kepada Allah Taala

Menghilangkan stres

Menyelesaikan pelbagai masalah dengan secepat yang mungkin

Mencapai kesedaran yang mendalam tentang diri

Menguatkan ingatan

Mengurangkan sakit sakit ringan

Mencapai hajat dalam berbagai bagai keperluan.Insya Allah

Membuang tabiat buruk

Ketenangan yang sukar digambarkan

Idea mencurah curah

Pemikiran kreatif

Penyelesaian masalah tanpa berfikir

Rahsia Minda Insan

Peringkat kesedaran minda manusia.

1)Beta
Peringkat kesedaran minda tentang perka
ra perkara yang fizikal yang berkait rapat dengan pancaindera seperti deria rasa,deria bau,deria dengar dan sebagainya.Seperti contohnya kita mendengar radio setiap hari

2)Alpha
Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang berkait rapat tentang emosi,fikiran,khayalan dan perasaan.Peringkat ini berkaitan dengan alam keruhanian dan kejiwaan.Amat jarang manusia yang boleh mencapai peringkat ini.Dalam peringkat inilah terletaknya apa yang dikatakan sebagai'Extra Sensory Perception 'yang bermaksud 'Persepsi deria tambahan'.

3)Theta
Peringkat ini adalah sambungan daripada peringkat Alpha,tetapi lebih dalam lagi.Minda peringkat ini adalah peringkat orang yang tidur.Extra Sensory Perception juga terdapat pada peringkat ini.Alam mimpi adalah teletak pada alam ini.Orang yang sampai pada peringkat ini tidak terganggu oleh kebisingan alam ini,ketenangan alam ini sungguh luar biasa.

4)Delta
Peringkat ini tidak ada kesedaran langsung.Seperti orang mati.Pada peringkat ini tiada siapa yang sedar langsung.Seperti orang yang dibius ketika pembedahan

Insya Allah anda akan diajar dengan teknik mudah untuk mencapai peringkat kesedaran Alpha yang mana anda akan mendapat menguasai kuasa minda dalam erti kata sebenar.