Friday, June 12, 2009

10 Wasiat Hasan Al-Banna

Apabila kamu mendengar azan,
bersegeralah untuk solat walau apa pun keadaanmu

Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau
pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir.

Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dalam
Bahasa Arab Fusha kerana ia merupakan
salah-satu syiar Islam.

Janganlah banyak berdebat dalam apa jua perkara
kerana pertengkaran kosong tdk
akan membawa kebaikan.

Janganlah banyak ketawa kerana hati yang berhubung
dengan Allah itu sentiasa
dalam keadaan tenang lagi tenteram.

Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad
sentiasa bersungguh dan serius dalam
setiap perkara

Jangan bercakap lebih nyaring drpd kadar yang diperlukan oleh pendengar.

Jauhi daripada mengumpat peribadi orang,
mengecam pertubuhan2 & jgn
bercakap melainkan perkara kebaikan.

Berkenalanlah dengan setiap rakan walaupun tdk diminta
kerana
asas dakwah kita ialah berkasih-sayang dan berkenalan.

Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu
untuk memanfaatkan waktunya
& jika saudara berurusan,
maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Thursday, June 11, 2009

Realiti Umat Kini


Dewasa kini, kita sering mendengar tentang permasalahan yang menimpa umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam di seluruh dunia sedang menghadapi krisis rohani yang mencampakkan diri mereka ke lembah kehinaan di sisi Allah SWT khususnya, dan di kaca mata masyarakat dunia amnya.

Umat Islam telah hilang keperibadian orang-orang yang beriman di mana suatu masa dahulu pernah dimiliki oleh para sahabat dan para salafus soleh yang datang selepas mereka. Kehilangan ini sekaligus melontarkan umat Islam kembali mengamalkan cara hidup yang berlandaskan norma-norma yang sememangnya telah wujud dan dipraktikkan oleh manusia di zaman jahiliyyah.

Oleh yang demikian, garis pemisah yang membezakan antara mereka dengan orang-orang kafir telah terhapus lalu kehidupan mereka juga tidak jauh berbeza dengan kehidupan orang-orang kafir. Akibatnya, turunlah azab Allah SWT ke atas mereka, sebagaimana yang sedang dihadapi oleh umat Islam di dunia sekarang ini.

Lihatlah bagaimana nasib yang telah menimpa saudara seIslam kita di seluruh dunia. Mereka hidup dalam keadaan kesengsaraan yang mana mereka telah menerima penindasan yang cukup hebat dari golongan-golongan yang sememangnya benci dan tidak mahu melihat Islam gah di muka bumi ini. Walaupun menerima nasib yang sedemikian, namun rintihan-rintihan suara mereka yang sayu, langsung tidak pernah dihiraukan oleh umat Islam yang lain supaya mereka dapat dibantu untuk menghapuskan kekejaman musuh-musuh Islam ke atas mereka.

Malah terdapat juga orang-orang Islam yang telah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam supaya menjatuhkan serta menindas umat Islam yang lain. Pemimpin-pemimpin Islam yang zalim telah dijadikan sebagai boneka mereka untuk melaksana dan meneruskan cita-cita serta impian keemasan mereka selama ini. Ini terjadi akibat tiada lagi kekuatan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT serta sensiviti terhadap Islam itu sendiri sehingga sanggup mengabaikan kepentingan Islam semata-mata untuk mencapai dan memenuhi kepentingan diri sendiri.

Kita seharusnya mengimbau kembali sejarah perkembangan Islam di zaman Rasulullah SAW dan selepasnya agar ia dapat dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan. Menelaah dan meneroka sejarah adalah adalah salah satu faktor terpenting untuk pembentukan peribadi Muslim sejati serta dapat mengenal dengan lebih jauh lagi tentang keadaan umat islam itu sendiri. Seseorang itu tidak akan dapat merasakan keterikatannya dengan umat melainkan ia telah menyatuka diri dengan sejarah umatnya. Jika pengetahuannya tentang umat sudah cukup baik, maka perasaan dan kesedarannya terhadap Islam akan berkembang. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadithnya yang bermaksud : "Barangsiapa yang tidak memerhatikan (memikirkan) masalah kaum Muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka" ( Riwayat Baihaqi dari Anas ).

Dalam keghairahan umat Islam ingin memajukan diri dan negara mereka sama ada dalam bidang teknologi atau ekonomi adalah penting untuk menumpukan perhatian yang berat terhadap Islam. Umat Islam hanya akan menjadi mulia sekiranya mereka mengamalkan Islam dalam kehidupan sebagai suatu cara hidup.
Malangnya umat Islam amat jumud pemikiran sehingga definisi Islam telah silap dan disempitkan tafsirannya. Mereka hanya memahami bahawa Islam hanya terhad kepada pengamalan ibadah seperti solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan sebagainya.

Sebenarnya Islam adalah amat luas ruang lingkupnya. Sekiranya sesuatu urusan atau pekerjaan yang dilakukan dengan landasan hukum-hukum mutlak Allah SWT maka ia pun dikira sebagai telah mengamalkan Islam.

Sebab itulah turunnya bala’ dari Allah SWT terhadap sekalian manusia sebagai suatu peringatan kerana tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan sehari-harian malah menggantikannya dengan pengamalan yang melanggari batas-batas hakikat perintah Allah SWT terhadap hamba-Nya.

Namun, yang menyedihkannya ada di kalangan umat Islam yang tidak mengaku bahawa kemudaratan yang telah ditimpakan ke atas mereka adalah suatu bala’ dari Allah SWT tetapi menganggap bahawa ia adalah suatu fenomena yang biasa sahaja. Janganlah menganggap bahawa sekiranya mengamalkan Islam sampai bila-bila pun tidak akan maju. Lantaran itu

Rasulullah SAW telah bersabda di dalam hadithnya yang bermaksud : "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara maka bala’ pasti akan turun ke atas mereka iaitu :

1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan ( khianat terhadap amanah ).

3. Zakat dijadikan hutang ( tidak mengeluarkan zakat ).

4. Suami taat pada isteri ( dayus ).

5. Anak menderhakai ibu bapa.

6. ( Sedangkan ia ) berbaik-baik dengan temannya ).

7. ( Dan ) menjauhkan diri dari ibu bapanya.

8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.

9. Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.

10. Arak diminum di mana-mana sahaja tanpa kawalan.

11. Ramai kaum lelaki memakai sutera.

12. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.

13. Orang yang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.

14. Banyak jenis muzik dimainkan.

15. Generasi umat Islam kini menyalah-nyalahkan umat Islam terdahulu ( Para sahabat : sebagaimana yang dilakukan oleh puak syiah yang telah terkeluar dari landasan Islam yang sebenar )".


( Riwayat At-Tirmidzi )

Saturday, June 6, 2009

Mengejar bayang-bayang???


Posted by al-Muntalaq

Jangan dikejar bayang-bayang. Anda tidak mampu mengejarnya kecuali kalau anda ingin mengejar bayang-bayang orang lain. Tak dapat apa pun. Bayang-bayang sendiri? Bukan sahaja tidak dapat apa-apa, malah takkan terkejar.


Lantaran itu, Imam Ibn Qoiyim menyatakan:

“”Dunia ini seperti bayang-bayang. Jika kamu mengejarnya, kamu tidak akan mampu mengejarnya. Tetapi jika kamu tinggalkan, ia tiada pilihan kecuali mengikutmu.”

Saya berfikir dan berhenti sebentar. Benarkah dunia ini bayang-bayang? Mengapa Imam Ibn Qoiyim menyatakan dunia ini bayang-bayang?

shadowProses mengejar bayang-bayang

Apa yang berlaku ketika mengejar bayang-bayang?

1) Seseorang merasakan bayang-bayang itu real.
2) Fokusnya pada bayang-bayang. Ini menyebabkan ia kelelahan, kerana ia tidak akan berhasil mana pun.
3) Buang masa sahaja kejar bayang-bayang- bayang. Ini adalah perkara sia-sia (laghwun)
4) Lantaran bayang-bayang tidak real, ia akan mengotorkan kefahaman kita tentang realiti kehidupan. Hanya kerana mencari dan menangkap bayang-bayang, lantas dilanggar sahaja pasu bunga atau apa sahaja objek real.
5) Bayang-bayang bukan real. Pasangannya ialah objek sebenar.
6) Kalau kita respon pada bayang-bayang, ia tidak tetap. Bergantung kepada kekuatan dan arah cahaya.
7) Dapat bayang-bayang tidak menyebabkan kita makin kaya atau meningkat status kita di sisi manusia kecuali mendapat gelaran ShadowBuster. Apatah lagi di sisi Allah.


Jadi saya perlu tinggalkan dunia?


Tinggal di situ bukan bermaksud tidak perlu berusaha. Allah menyeru kita jangan lupakan bahagian rezeki kita:

2009-06-02_135434

28:77 “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) ; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;


Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.

Apa yang dimaksudkan ialah agar kita meletakkan dunia dan perhiasannya itu di tangan, bukan di hati. Hanya benarkan Allah dah Rasul lekat di hati. Jika tidak, kita akan kecewa dan penat seperti mengejar bayang-bayang.


Kajian di Rochester: Mengejar Kekayaan Psychological Dead Ends


Dalam kajian di Universityof Rochester, individu yang mencari kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan akan menyebabkan seseorang itu kurang gembira dan bahagia. Menurut Professor psikologi dan sains sosial di universiti tersebut, jika seseorang meletakkan matlamat untuk mencapai perkara berikut, ia perlu disemak semula. Namun yang berbaloi ialah : growing as an individual, having loving relationships, and contributing to your community.


Ini menjelaskan betapa dunia ini sebagai perhiasan untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya untuk menyiapkan diri untuk bertemu Maha Pencipta di akhirat nanti serta sejauh mana mampu memberi manfaat kepada masyarakat.Bukan untuk mengumpulkan dan mencari personal need semata-mata.

2009-06-02_143456

18: 7. Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.


Bagaimana meletakkan harta, pangkat di tangan sahaja?


Jangan jadikan ia fokus utama. Kalau kita bekerja, kerana kita cinta keluarga dan ingin berkhidmat pada manusia. Kalau berniaga, bukan nak duit semata-mata tetapi kerana ingin menolong manusia mendapatkan khidmat yang baik. Kalau ada jawatan, ia bukan untuk mengumpulkan pengikut untuk diri tetapi untuk diajak bersama kepada Allah. Itulah yang dimaksudkan dengan meletakkan harta atau jawatan di tangan.


Bagi seorang pelajar, apabila belajar, ia berniat untuk menjadi individu yang berilmu dan memberi manfaat kepada masyarakat serta mendekatkan diri kepada Allah. Bukan asyik ternampak sergahan CGPA 4.0 semata-mata atau deheman pak sponsor. Jika Allah dan Rasul menjadi keutamaan, ini sepatutnya menambahkan semangat kita untuk berbuat sesuatu dengan baik tanpa mengabaikan syariat seperti kepentingan iman dalam bekerja, berakhlak dan melaksankan solat serta suruhan Allah.


Binalah jadual di sekitar waktu solat


Untuk lebih praktikal, binalah jadual harian di sekitar waktu solat. Bukannya waktu solat di sekitar kerja seharian. Ini akan memastikan kita sentiasa ingat dan meletakkan Allah di hati, bukannya di tangan atau di masjid sahaja. Kalau nampak masjid, baru mahu berhenti solat.


Ya Allah,

kuatkanlah hati kami untuk mengingati , mensyukuri dan mentaatimu Ya Allah!

Syukran jazilan, anak-anakku....




Jazakumullah khairan kathira...
Semoga Allah limpahi kalian dengan rahmat dan kasih sayangnya....

speechless...tak tahu nak ungkap bagaimana..
sangat saaaangat tersentuh hati muallimah bila membuka satu-persatu pemberian anak-anak sempena hari guru... bertemakan "hati"....

memang sungguh, dari hati terpahat ke hati....
dan ada yang berkata, "maaf ustazah, saya tak dapat nak beri apa-apa..."
tak mengapa, yang penting, hadiahkan saya doa yang tulus dari hati anak-anak untuk kesejahteraan muallimahmu...

Inni uhibbukum fillah.....

Tuesday, June 2, 2009

Anda ingin berjaya ?

Semua orang pasti ingin berjaya. Mari kita berkongsi fikrah dan khibrah kejayaan bersama Brother Fazrul di web beliau "7 Prinsip Amalan Berjaya".

Sila rujuk segmen Litar Ilmu di sebelah....