Tuesday, June 2, 2009
Anda ingin berjaya ?
Sila rujuk segmen Litar Ilmu di sebelah....
Tuesday, May 12, 2009
Jalinan

Anak-anak 3KAA1 dan 3KAA2 tentu ingatkan lagu ni....
(sila buka video clip di tepi tu...)
JALINAN…
Indahnya suasana
Kita di hari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturrahim
Saling hormat-menghormati
Tuntutan agama yang mulia
(corus)
Ohh
Mari bersama
Kita jalinkan
Kasih sayang
Sesama insan
Di hari ini
Kita mulakan
Moga kekal
Untuk selamanya
Indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira
Di dunia ini
Lagi indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira
Di akhirat sana
Erat silaturrahim
Saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Yang tua dihormati
Yang muda disayangi
Cetuskan suasana harmoni
Ulang (corus) 2x
Kita jalinkan...
Kasih sayang...
Friday, May 8, 2009
Ya Allah hidupkanlah hatiku.....
Peringatan buat diri ini;
Yang dipertanggungjawabkan sebagai dai’e,
Agar hatimu terus segar,
Agar kata-katamu terus menyentuh,
Agar pandangan hatimu terus menusuk,
Agar perilakumu terus diteladani,
Agar sakhsiahmu terus kelihatan haibah
di hati mad’u....
......................................................................................................................
Adakah anda pernah mengalami keadaan begini? Bersolat tetapi tak terasa ketenangannya, berpuasa tetapi tak terasa keinsafannya, membaca qur’an tetapi tak terasa kehebatannya, berzikir tetapi tidak bergetar hati, bertahajjud tetapi tak mengalirkan air mata, memberi nasihat tetapi tiada siapa tersentuh?
Keadaan tidak seperti biasa. Seolah-olah ada sesuatu yang jauh di pelusuk hati yang tidak kena. Seolah-olah ada lompang kosong di celahan jiwa. Jiwa seolah-olah terasing dari diri. Ibadah yang dilakukan seolah-olah mendaki ke puncak untuk meninggikan lagi tempat jatuh, kebaikan dan nasihat yang dicurahkan kepada orang lain ibarat menuju fatamorgana dunia yang hanya memenuhi agenda harian.
Mengapa ini berlaku?
Apa yang perlu dilakukan?
Pesan Imam Ghazali: ” Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Qur’an. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati. Namun jika tidak jua ditemui hatimu, berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru...”
Bacalah al-Qur’an....
Siramilah kembali hati dengan ayat-ayat Allah. Jika kita ingin Allah ’bercakap’ dengan kita, bacalah al-Qur’an kerana ia adalah kata-kata Allah yang ditujukan kepada hambaNya. Membaca bukan setakat bertadarus dan tartil, bacalah dengan detikan pengembaraan hati dalam menghayati setiap rahsia perkataan terpilih yang terkandung di dalam ayat-ayat Allah.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk)." (Surah Al A’la : 14 dan 15)
Bersolatlah….
Sekiranya kita meluahkan segala yang terbuku di hati kepada orang lain, hati merasa lega. Ketika solat, kita merintih mengadu segala kesusahan kepayahan keperitan yang dideritai, merayu dengan segala nama yang dimiliki Allah mohon dibimbing dikasihi diampuni dosa, penuh tawajjuh pasrah dengan takdirNya….
Jika ingin ‘bercakap’ dengan Allah, bersolatlah, kerana solat pada hakiikatnya adalah doa, pengaduan, rintihan dan curahan rindu dari nurani hamba kepada al-Khaliq. (The first duty of love is to hear……)
Bersolatlah dengan sepenuh jiwa bukan hanya pergerakan anggota dan himpunan perkataan dan hafazan. Laksanakan dengan penuh kerendahan hati dan rindu yang membara kepada Zat yang Maha Mengasihi. Fahamilah setiap perkataan yang dilafazkan agar lebih mudah dihayati. Percayalah, semakin tunduk sujud merendah diri semakin tinggilah momentum hatimu hampir kepadaNya….
Ingatlah mati….
Mengingati mati adalah pembasuh jiwa yang resah. Masalah yang dihadapi seolah-olah hanya gerimis hujan menanti cerah. Jiwa lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan yang fana’ sebagai jambatan menuju alam baqa’.
Segala kesakitan, keresahan dan bebanan hanyalah ibarat daun-daun kering yang bersepah di jalanan, hanya perlu dikais dengan hujung tangan tanpa membuang masa yang banyak kerana perjalanan yang lebih bermakna masih panjang terbentang di hadapan.
Segala kehilangan dalam kehidupan tidak berbekas kerana hati dan jiwa bulat merindui saat bertemu kasih dengan Allah dan RasulNya.
Segala kekurangan tidak terasa kerana hati dan jiwa terpesona dengan janji Allah tentang keindahan dan keni’matan syurgaNya.
Namun, sekiranya masih tidak terasa ketenangan, getaran dan menangis, bertaubatlah dan mohonlah dikurniakan hati yang baru...............
Rasulullah SAW sering berdoa:
“Wahai Yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu.”
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi “
“Ya Tuhan kami, kami menzalimi diri kami sendiri, sekiranya engkau tidak mengampunkan kami, nescaya kami akan tergolong dalam orang-orang yang rugi…”
“Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu,
Ampunkan dosaku terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar…..”
Wahai diri yang dipertanggungjawabkan sebagai dai’e,
Awasilah hatimu,
Jangan biarkan hatimu lalai dengan senyuman dan pujian dunia,
Ingatlah, setiap kelebihan yang Allah anugerahkan kepadamu,
menuntut amanah dan tanggungjawab untuk ditunaikan.......
muallimahAnida.
Monday, April 20, 2009
Tahniah!
putus asa, teruskan usaha SPM 2010 kelak. Lebih manis lagi bila Bonda Pengetua mengumumkan Anugerah Kualiti BAK PMR negeri Selangor yang diraih oleh KAA SMKSI.... Juga tahniah kepada Athirah Nur (10A SPM KAA-Sains dan Jauhari 8A1 SPM KAA Akaun)Alhamdulillah..mudah-mudahan lebih cemerlang 2009 ni, amin....Anak-anak yang dah ke KISAS, SBP, SBPI, MRSM dll, ingatlah pesan Nabi yang diriwayatkan oleh Tarmizi:
" Bertaqwalah kamu di mana saja kamu berada, iringilah setiap kejahatan (yg ditemui) dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa kejahatan itu dan berinteraksilah dengan manusia dengan akhlak terpuji."


Anak-anak yang masih setia di SMKSI;
kalian juga berpotensi, marilah kita jayakan bersama program-program (bulan bahasa, Nadwah, bengkel dan Mukhaiyam) yang kita rancang! Ulangi dan tingkatkan kejayaan kalian SPM 2010, insya Allah di samping menjadi anak-anak soleh.....aminnnn.
ULUL ALBAB ?
"Ulul albab tu apa maksudnya, ustazah?" tanya sebahagian anak murid yg telah mengikuti seminar di Putrajaya. Bagus soalan ini....Anak-anak, mari kita rujuk ayat 190-191 surah Ali Imran yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi serta berkata, 'Wahai Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia. maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka'."
Ulul Albab ialah orang yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul.
Rangsangan dari ayat ini ialah lahirnya ramai saintis Islam yang menjadi nadi tamadun dunia, malah merekalah menjadi pemangkin kepada arus kemodenan di Eropah.
Al-Qur'an sememangnya mahu ummat Islam memiliki minda saintifik. Minda saintifik ialah minda yang kuat berfikir, kritikal, mampu menganalisis data dan fakta, serta mampu membuat andaian terhadap apa yang diperhatikan. Minda saintifik menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak disertakan bukti dan dalil.
Lahirlah saintis Islam yang dikagumi dunia. Ini diakui oleh seorang tokoh sains barat, George Sarton dalam buku beliau 'Introduction to the History of Science'. Beliau berkata:
"Di antara tokoh Islam yang tiada tandingannya di Barat ialah Jabir bin Haiyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Razi, Thabit bin Qurra, al-Battani, al-Farabi, Ibn Sina, al-Biruni, ibn Haitham dll'
Ha..anak-anak yang mengambil jurusan Sains-Agama (KAA) ni, kalian sangat bertuah. Syabas dan rebutlah segala peluang yang ada. Macamana nak miliki minda saintifik? Ha,.. kenalah banyak membaca buku ilmiah dan menghadiri majlis ilmu di samping menguasai ilmu asas yang dipelajari. Selamat meneroka ilmu Allah yang luas.....
Friday, April 17, 2009
Muhasabah DIRI : Siapa saya ???

"Small mind thinks about peoples,
average mind thinks about events,
great minds thinks about ideas to change!"
"Orang biasa suka berbincang mengenai orang lain,
Orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya,
Orang cemerlang suka berbincang mengenai idea untuk melakukan perubahan!"
Monday, April 6, 2009
Thursday, April 2, 2009
Semarak Remaja Hadhari Ulul Albab Putrajaya 260309


Alhamdulillah anak-anak 4 Karisma (KAA & Sc) dan rakan-rakan dari 4 Wibawa (KAA & TK) & 4 Dinamik (KAA & Perakaunan) telah terpilih utk menyertai Semarak Remaja Ulul Albab di Putrajaya anjuran JAKIM sempena Bulan Dakwah. Di antara pengisiannya ialah Kembara Rohani , Sains & Al-Qur'an
(Dr Arip, UKM) dan pesanan Dr Tengku Asmadi (Motivasi Alihan Pela
jar).
Heart of a Muslim
Looking up at the sky, searching for Allah most High
He rejected the way of worshipping Gods of clay
Prophet Ebrahim knew that Allah was near
And that the heart of a Muslim is sincere
Under the hot burning sun, he declared God is one
Though with stones on his chest, his Imaan would not rest
The Muadhin knew that right would conquer wrong
And the heart of a Muslim must be strong
Chorus:
It's the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look, but what is in your heart
In our poor meager state, little food on our plate
Mother said she was gl... more
Kem Lambaiana Sg Gabai 2009


Pada 13-15 Mac lalu anak-anak 5KAA berpeluang menyertai Pemantapan Sahsiah di Kem Lambaiana Sg Gabai anjuran JAKIM bersama peserta dari 5 sekolah lain. (Kesian 7 orang lagi dari 5 KAA SMKSI yang tak dapat ikut...)
Dengar khabar anak-anak ni sangat bersemangat sekali, teruja dengan perkampungan orang asli walaupun serba kekurangan tetapi menjadikan mereka mengerti nilai sebuah keni'matan utk disyukuri, sentuhan jiwa yg memberi kesan mendalam terutama sentuhan minda dan nurani dari Bro Syamil, Dr Azizan, Ustaz Rashdan dan Ustaz Yusuf. (dengar kata; banjir di Lambaiana lebih hebat dari banjir di Hulu Langat!!! ada tsunami sekali......) Jazakumullah muallimah ucapakan kepada sahabat-sahabat di atas usaha kalian yang gigih mentarbiah anak-anak ini, hanya Allah yang mampu membalasnya.
Anak-anak 5 KAA, manfaatkanlah peluang yg diperolehi, sematkan dalam hati segala ilmu dan pengajaran dan yang paling penting jadikan ia panduan dan rancanglah tindakan susulan yang perlu diambil untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat, ingat tema KAA kita, "akademik cemerlang, sahsiah gemilang". Jumpa lagi di kem yang akan datang......
Layari klip video Kem Lambaiana 13 150309 di youtube.
